Jumaat, 22 April 2016

KESIMPULAN BLOGGER

OLEH SEBAB TERLALU MEMPERCAYAI "KESAKTIAN" ANTIBIOTIK, KINI BAKTERIA MULTIDRUG MUNCUL DI KHALAYAK RAKYAT SELURUH DUNIA!

Antibiotik merupakan sejenis ubat yang dikenali orang ramai, terdapat juga ramai orang menyimpan antibiotik 'spare' di rumah mereka. Tidak kira sakit tekak, keradangan kulit, demam... dan penyakit lain, kita suka menjadi 'pakar doktor', mengambil dua biji antibiotik, lalu menelannnya, menganggap antibiotik adalah penyelamat kita.

Menurut kajian di United Kingdom, pakar-pakar mengingatkan bahawa JIKALAU rakyat seluruh dunia masih menyalahgunakan antibiotik dan mengambil antibiotik secara meluas, serta tidak menghiraukan penyebaran bakteria multidrug di dunia, sehingga tahun 2050, akan terdapat seorang di kalangan kita akan mati disebabkan oleh bakteria multidrug. Yang paling dukacita, menurut kajian oleh seorang pakar ekonomi England yang berkaitan dengan ketahanan antibiotik yang dijalankan selama 18 bulan, telah mendapati bahawa fenomena ini(ketahanan antibiotik) bakal meragut nyawa manusia seramai 1 ribu juta pada setiap tahun selepas tahun 2050, jumlah kematian adalah lebih banyak berbanding jumlah kematian yang disebabkan oleh kanser.


BBC England melaporkan bahawa, ketahanan antibiotik kini menjadi 'keganasan' kepada kesihatan manusia, dan manusia telah kian kehilangan kelebihan dalam pertarungan ini.

WHO menyatakan bahawa 3/4 buah negara di dunia ini tidak mempunyai rancangan untuk membantu membanteraskan isu ketahanan antibiotik. Dan negara China merupakan negara pengeluar dan pengguna terbesar antibiotik di seluruh dunia.

Menyalahgunakan antibiotik bagaikan menolong 'melatih' bakteria menjadi bakteria multidrug; antibiotik, bukan ubat menghilangkan keradangan.

30% PESAKIT TELAH MENYALAHGUNAKAN ANTIBIOTIK

Antibiotik adalah sejenis ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Sekiranya penyakit adalah disebabkan oleh jangkitan virus, pesakit tidak sepatutnya mengambil antibiotik.

Kebanyakan doktor sering melakukan kesilapan besar iaitu memberi antibiotik kepada pesakit walaupun pesakit tidak memerlukan antibiotik. Menurut kajian yang dilakukan di Selangor, telah mendapati bahawa terdapat 37% doktor klinik merasakan bahawa sekiranya pesakit meminta antibiotik tetepi tidak berjaya daripada mereka, pesakit akan pergi berjumpa dengan doktor yang lain. Terdapat juga 22% doktor yang mengatakan mereka akan menurut permintaan pesakit (meminta antibiotik) walaupun mereka mengetahui bahawa pesakit tidak memerlukan antibiotik. Contohnya, pesakit yang dijangkiti denggi telah diberi perspeksi antibiotik sebelum dimasukkan ke wad hospital.

p.s.:Denngi adalah sejenis jangkitan VIRUS.

WAHAI ANTIBIOTIK , "PENYELAMAT"KU!   KONONNYA...
NYAWA ANDA JUGA BERADA DI DALAM GENGGAMAN TANGAN "PENYELAMAT"MU

Anda mesti tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku sekiranya menyalahgunakan antibiotik. Adakah antibiotik boleh mengurai secara natural di persekitaran kita?

Pada abad ke-20, sejak lahirnya antibiotik yang dikenali sebagai ubat yang paling berguna di seluruh dunia , telah mengubah sejarah kita, jangka hayat kita telah dipanjangkan. Namun kini, kelahiran antibiotik belum mencecah satu abad, berlakunya masalah sedunia yang mengugat kesihatan kita, mengapa?

Penyalahgunaan antibiotik, pencemaran antibiotik di alam sekitar, telah secara tidak langsung menyebabkan penambahburukan isu ketahanan antibiotik. Sehingga kini, bakteria MDR( multidrug resisten) telah mengakibatkan masalah kebersihan sedunia, oleh itu WHO sering memberi amaran.

Ketahanan antibiotik merujuk kepada semasa penggunaan antibiotik, pada masa yang sama, telah 'melatih' daya imum dan revolusi bakteria, menyebabkan bakteria boleh imum terhadap sebahagian atau semua jenis antibiotik.

ANTIBIOTIK KIAN KEHILANGAN "KEWIBAWAAN"NYA
BAKTERIA MULTIDRUG KIAN MENGANCAM MANUSIA

Sesetengah jenis bakteria multidrug resisten (MDR) telah timbul ketahanan terhadap antibiotik, contohnya bakteria CRE pernah menyebabkan kematian seramai 10 orang di  Sarawak pada tahun 2013. Sejak kemunculan bakteria CRE di India pada tahun 2008, kemudiannya di Malaysia pada tahun 2011 (28 kes), dan jumlah kes telah meningkat sehingga 427 buah pada tahun 2014.

Berita melaporkan bahawa sejak meningkatnya jumlah penggunaan antibiotik Carbapenems, berlakunya ketahanan bakteria Acinetobacter. Ini telah dijangkakan kematian akan meningkat dua kali ganda kerana ketahanan antibiotik.

ANTIBIOTIK HANYA UNTUK MEMBUNUH BAKTERIA

Adakah anda tahu bagaimanakah mengelakkan diri daripada penyalahgunaan antibiotik? Apabila diserang oleh penyakit biasa seperti selsema, atau demam, sebahagian doktor akan member perskripsi antibiotik, terdapat juga sesetengah doktor yang menasihati kita supaya tidak mengambil antibiotik secara berlebihan. Kita sepatutnya makan antibiotik atau sebaliknya? Nasihat doktor yang manakah yang harus kita dengar? Bilakah kita baru boleh mengambik antibiotik?

Penyalahgunaan antibiotik kian serius di Malaysia, salah satu sebab adalah tabiat rakyat yang suka meminta perskripsi antibiotik daripada doktor. Selain itu, doktor memberi perskripsi antibiotik tanpa mengetahui sebab sebenar penyakit yang dijangkiti oleh pesakit.

Antibiotik hanya digunakan untuk membunuh bakteria, oleh itu antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti selsema, denggi, demam dan sebagainya. Terdapat banyak jenis antibiotik di pasaran kin, setiap jenis antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang berbeza-beza yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.


BAKTERIA BERSIFAT POSITIF DI BADAN KITA DIBUNUH GARA-GARA PENGAMBILAN ANTIBIOTIK

Tiga hari awal semasa dijangkiti selsema atau demam, iaiya didapati amat sukar untuk memastikan punca penyakitadalah disebabkan oleh bakteria atau virus, oleh itu sekiranya penyakit tidak sembuh lagi pada hari ke-4, pesakit dinasihati supaya menjalankan ujian darah.

Dalam sesetengah keadaan, penggunaan antibiotik mungkin mengakibatkan alergi berlaku, dan ini juga membunuh bakteria bersifat positif di badan kita. Pengambilan secara sedikit atau berlebihan, serta jangka pengambilan yang pendek akan menyebab ketahanan antibiotik berlaku.

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA PENYALAHGUNAAN ANTIBIOTIK

Cara yang terbaik adalah berjumpa dengan pakar doktor yang boleh dipercayai, dan bertanyakan pandangan daripada doktor, mendengar nasihat doktor ,menurut panduan pengambilan ubat, memastikan ubat antibiotik yang diberi telah habis diambil., serta tidak berkongsi ubat anda dengan orang lain.

Janganlah kita menghentikan pengambilan ubat antibiotik apabila kita berasa badan kita telah sihat sedikit, dan mengambil ubat lagi apabila kita berasa tidak selesa. Tindakan ini akan mengakibatkan bakteria menjadi lebih kebal terhadap antibiotik. Cara penggunaan antibiotik yang tidak betul akan memberi kesan kepada kita.

Apabila badan kita dijangkit, apabila antibiotik tidak berkesan terhadap bakteria, itulah keadaan di mana terdapatlah bakteria multidrug resisten, dan antibiotik yang biasa dapat membantu membunuh bakteria tersebut telah kehilangan keberkesanannya, para doktor tiada cara lain untuk membantu kita, dan akhirnya kita akan mati gara-gara jangkitan yang biasa.

Sesetengah buah negara seperti Singapura mempunyai akta yang ketat untuk mengawal penggunaan ubat-ubatan, oleh itu kes penyalahgunaan antibiotik jarang berlaku. Di Malaysia, walaupun mempunyai akta penggunaan ubat-ubatan, tetapi hanya doktor yang dibenarkan untuk memberi perskripsi antibiotik. Ini bermaksud hanya dengan perskripsi yang disain oleh doktor, pihak farmasi baru boleh menjualkan antibiotik kepada rakyat. Malangnya, rakyat tetap boleh mendapatkan antibiotik dengan mudah daripada farmasi. Rakyat digesa agar melaporkan kes penjualan antibiotik yang haram kepada pihak yang berkenanan( Kementerian Kesihatan Malaysia)  untuk memudahkan pihak berkenanan untuk mengambil tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan