Sabtu, 28 Mei 2016

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK


Terdapat ratusan jenis antibiotik, tetapi kebanyakan dari jenis antibiotik dapat diklasifikasikan kepada enam kumpulan. Antara jenis antibiotik termasuklah:

1.Penisilin
2.Antibiotik Sefalosporin
3.Aminoglikosida
4.Ubat tetrasiklin
5.Makrolida
6.Fluoroquinolones

Hari ini, saya akan menerangkan 3 jenis antibiotik dahulu...


PENISILIN

Penisilin digunakan secara luas untuk mengubati jangkitan tertentu seperti jangkitan kulit, radang tenggorok, jangkitan dada dan jangkitan saluran kencing.

Beberapa jenis penisilin banyak digunakan meliputi:

  • Antibiotik Amoxicillin ( amoksisilin )
  • Flukloksasilin
Sekitar 1 dari 15 orang akan mengalami reaksi alergi setelah menggunakan ubat penisilin dan sejumlah kecil orang akan mengalami reaksi alergi antibiotik yang cukup parah (anafilaksis). Sangat penting untuk memberitahu doktor atau profesional kesihatan yang merawat anda jika anda berfikir anda mengalami reaksi alergi terhadap antibiotik penisilin. Masalah lain dengan penisilin adalah bahwa beberapa jenis bakteri telah menjadi kebal terhadap itu kerana telah begitu banyak digunakan.


Gambar menunjukkan antibiotik penisilin yang digunakan secara luas di bidang pengubatan seluruh dunia.

ANTIBIOTIK SEFALOSPORIN

Ubat Sefalosporin adalah antibiotik spektrum luas, yang boleh mengubati pelbagai jenis jangkitan secara efektif termasuklah jangkitan yang lebih serius, seperti: 
  • Septicemia - jangkitan darah
  • Pneumonia
  • Meningitis - jangkitan lapisan pelindung terluar dari otak dan sumsum tulang belakang
Contoh Sefalosporin meliputi:
  • Ubat Cefalexin
  • Ubat Cefixime
Jika anda alergi terhadap penisilin, anda mungkin juga alergi terhadap sefalosporin.


Gambar menunjukkan contoh ubat sefalosporin.

AMINOGLIKOSIDA

Aminoglikosida adalah jenis ubat antibiotik yang digunakan secara luas diresepkan sampai ditemukan bahwa Aminoglikosida dapat menyebabkan kerosakan pendengaran serta ginjal. Oleh itu, Aminoglikosida sekarang digunakan hanya untuk mengubati penyakit yang sangat serius seperti meningitis. Aminoglikosida memecah dengan cepat di dalam sistem pencernaan sehingga mereka harus diberikan melalui suntikan atau titisan.

Gambar menunjukkan contoh aminoglikosida yang terdapat di pasaran. 


Hak cipta terpelihara 2016

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK (2)

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK (2)

Ubat tetrasiklin

Tetrasiklin adalah jenis lain dari ubat antibiotik spektrum luas yang dapat digunakan untuk mengubati pelbagai jangkitan.Tetrasiklin umumnya juga merupakan salah satu ubat antibiotik untuk jerawat yang digunakan untuk mengubati jerawat yang parah dan kondisi yang disebut rosacea, yang menyebabkan kemerahan pada kulit dan bintik-bintik.



Makrolida

Manfaat antibiotik Makrolida adalah jenis antibiotik yang berguna dalam mengubati jangkitan paru-paru dan dada. Makrolida juga boleh menjadi pengubatan alternatif yang berguna bagi orang-orang yang alergi dengan penisilin atau untuk mencegah bakteria yang kebal ubat penisilin.

Contoh golongan antibiotik makrolida termasuk:
  • Eritromisin
  • Spiramisin      
Gambar menunjukkan contoh ubat Eritromisin di pasaran.

Fluoroquinolones

Fluoroquinolones adalah jenis yang terbaru dari antibiotik. Fluoroquinolones merupakan ubat antibiotik spektrum luas yang dapat digunakan untuk mengubati pelbagai jangkitan.

Contoh fluoroquinolones adalah:
  • Ubat Ciprofloxacin
  • Ubat Norfloksasin
Gambar ini menunjukkan ubat Norfloksasin.


KESAN SAMPINGAN YANG BIASA BERLAKU APABILA MENGAMBIL ANTIBIOTIK SECARA KETERLALUAN

Hari ini, saya juga akan membincangkan apakah kesan penggunaan antibiotik secara keterlaluan terhadap badan kita;
Kebanyakan antibiotik diatas (kecuali aminoglikosida) tidak menimbulkan banyak masalah bagi pengguna dan kesan samping yang parah jarang terjadi. Kesan samping antibiotik yang dilaporkan yang paling umum adalah:
  • Sakit badan
  • Gangguan pencernaan
  • Cirit- birit  
PARA PEMBACA SEKALIAN, sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa ubat antibiotik tidak boleh diambil secara keterlaluan. Esok, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang KETAHANAN ANTIBIOTIK.



Hak cipta terpelihara 2016