Rabu, 25 Mei 2016

INFORMASI PENTING (1)

TEKAN DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG KETAHANAN ANTIBIOTIK

1. WHO Melancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik

Kempen peringkat antarabangsa untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang lebih baik dilancarkan oleh WHO pada Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia ( 16 hingga 22 November).

Acara tersebut adalah untuk mengingatkan kita semua bahawa ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat. Ia juga menekankan kepentingan mengurangkan penggunaan antibiotik.Sejak ianya muncul pada abad ke-20, antibiotik telah membolehkan pelbagai penyakit serius untuk dikawal, tetapi penggunaan yang berlebihan dan juga penyalahgunaannya secara besar-besaran telah membawa kepada ketahanan antibiotik, juga dikenali sebagai ketahanan antimikrobial.

Ketahanan antibiotik menjejaskan pencegahan dan keberkesanan rawatan. Banyak ubat-ubatan yang biasa digunakan menjadi tidak berkesan untuk merawat keadaan seperti batuk kering, radang paru-paru, HIV dan jangkitan kencing.

WHO mengatakan bahawa kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan dalam memerangi ketahanan antibiotik dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang penting:

1. Hanya ambil antibiotik yang ditetapkan untuk anda oleh doktor untuk jangkitan (bakteria).
2. Habiskan yang antibiotik yang diberi, walaupun anda berasa sudah sihat.
3. Jangan sekali-kali menggunakan antibiotik yang tidak dihabiskan sebelum ini.
4. Jangan berkongsi antibiotik dengan keluarga atau rakan-rakan, walaupun mereka mempunyai      penyakit yang sama seperti anda.
5. Cegah jangkitan dengan kerap membasuh tangan, elakkan daripada bersentuhan dengan mereka yang sakit, dan mendapatkan vaksin yang disyorkan.
antibiotik
Poster tentang ketahanan antibiotik.

Sumber: KESIHATAN BIZ
              Klik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
              WHO Lancar Kempen Penggunaan Antibiotik Yang Lebih Baik

2. Antibiotik Tidak Berkesan untuk Demam Selsema

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Lancet (jurnal perubatan British) baru-baru ini, kira-kira satu pertiga daripada pesakit yang berjumpa doktor untuk jangkitan saluran pernafasan (URI) didiagnosis dengan rinosinusitis akut, dan 80 peratus daripada mereka diberi antibiotik, walaupun doktor tidak mempunyai kriteria yang jelas bagi membezakan antara jangkitan virus dengan bakteria.

Mengapa ia satu perbezaan yang penting? Ia penting kerana jangkitan bakteria boleh dirawat dengan antibiotik, namun jangkitan virus tidak boleh. Jika anda mengambil antibiotik untuk jangkitan virus, ia tidak akan membantu dan sebenarnya mungkin membahayakan anda. Pusat Kawalan Penyakit Amerika menekankan mesej tersebut di laman webnya (www.cdc.goc) seperti berikut:

“Adakah anda sedar bahawa demam selesema, selesema, kebanyakan sakit tekak, dan bronkitis adalah disebabkan oleh virus? Adakah anda tahu bahawa antibiotik tidak membantu melawan virus? Memang benar. Di samping itu mengambil antibiotik ketika anda mempunyai virus boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Mengambil antibiotik apabila ianya tidak diperlukan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan yang tahan rawatan antibiotik di kemudian hari.”

Kajian Lancet melibatkan 2,547 orang dewasa dengan tanda-tanda klinikal dan gejala rinosinusitis (lelehan hidung, rasa tidak selesa di pipi dan/atau muka, batuk, demam selsema). Para penyelidik memutuskan bahawa garis panduan yang menyarankan antibiotik diberikan selepas tujuh hari gejala tidak disokong oleh bukti. Mereka menyimpulkan bahawa secara umumnya, orang dewasa yang mengidap rinosinusitis akut tidak boleh mengambil antibiotik tidak kira apa gejala mereka kerana risiko kesan sampingan yang buruk dan peningkatan ketahanan antimikrobial.

Tiada siapa suka sakit, tetapi antibiotik bukan jawapannya, terutamanya bagi URI biasa dan gejala demam selsema. Walaupun gejala demam selsema bukanlah sesuatu selesa, namun penawar sup ayam buatan ibu, vitamin dan cecair adalah lebih berkesan dan kurang berisiko.

demam selsema


Sumber; KESIHATAN BIZ
               Klik di bawah untuk info lanjut
               Antibiotik Tidak Berkesan untuk Demam Selsema