Sabtu, 28 Mei 2016

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK (2)

JENIS-JENIS ANTIBIOTIK DAN KUMPULAN ANTIBIOTIK (2)

Ubat tetrasiklin

Tetrasiklin adalah jenis lain dari ubat antibiotik spektrum luas yang dapat digunakan untuk mengubati pelbagai jangkitan.Tetrasiklin umumnya juga merupakan salah satu ubat antibiotik untuk jerawat yang digunakan untuk mengubati jerawat yang parah dan kondisi yang disebut rosacea, yang menyebabkan kemerahan pada kulit dan bintik-bintik.



Makrolida

Manfaat antibiotik Makrolida adalah jenis antibiotik yang berguna dalam mengubati jangkitan paru-paru dan dada. Makrolida juga boleh menjadi pengubatan alternatif yang berguna bagi orang-orang yang alergi dengan penisilin atau untuk mencegah bakteria yang kebal ubat penisilin.

Contoh golongan antibiotik makrolida termasuk:
  • Eritromisin
  • Spiramisin      
Gambar menunjukkan contoh ubat Eritromisin di pasaran.

Fluoroquinolones

Fluoroquinolones adalah jenis yang terbaru dari antibiotik. Fluoroquinolones merupakan ubat antibiotik spektrum luas yang dapat digunakan untuk mengubati pelbagai jangkitan.

Contoh fluoroquinolones adalah:
  • Ubat Ciprofloxacin
  • Ubat Norfloksasin
Gambar ini menunjukkan ubat Norfloksasin.


KESAN SAMPINGAN YANG BIASA BERLAKU APABILA MENGAMBIL ANTIBIOTIK SECARA KETERLALUAN

Hari ini, saya juga akan membincangkan apakah kesan penggunaan antibiotik secara keterlaluan terhadap badan kita;
Kebanyakan antibiotik diatas (kecuali aminoglikosida) tidak menimbulkan banyak masalah bagi pengguna dan kesan samping yang parah jarang terjadi. Kesan samping antibiotik yang dilaporkan yang paling umum adalah:
  • Sakit badan
  • Gangguan pencernaan
  • Cirit- birit  
PARA PEMBACA SEKALIAN, sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa ubat antibiotik tidak boleh diambil secara keterlaluan. Esok, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang KETAHANAN ANTIBIOTIK.



Hak cipta terpelihara 2016

1 ulasan: