Ahad, 22 Mei 2016

INFORMASI PENTING (4)


RAKYAT MALAYSIA ANTARA PENGGUNA TERTINGGI UBAT ANTIBIOTIK


Mungkin, antibiotik telah menimbulkan ketakutan di kalangan pesakit di seluruh dunia, tetapi di Malaysia, permintaan terhadap antibiotik terus meningkat. Rakyat Malaysia dilihat berkemungkinan besar berada di kalangan pengguna tertinggi antibiotik di dunia, kata Pensyarah (Pusat Pengajian Sains Farmasi) Universiti Sains Malaysia, Profesor Mohamed Azmi Ahmad Hassali.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ramai yang melihat antibiotik seolah-olah sejenis ubat ajaib. Memetik kajian lain ke atas jangkitan saluran pernafasan di Selangor, beliau berkata survey yang mengejutkan 90 peratus daripada doktor itu menunjukkan bahawa pesakit menjangkakan mendapat antibiotik daripada doktor mereka.
“Antibiotik menjadi kurang berkesan dalam merawat jangkitan bakteria disebabkan oleh rintangan antibiotik. Dalam sektor swasta, antibiotik bebas digunakan oleh semua sehingga ia diambil seperti mana paracetamol.”

Ini menyebabkan penyakit berpanjangan dan pesakit terpaksa menginap di hospital, membayar rawatan yang lebih mahal dan berdepan risiko kematian yang lebih tinggi katanya.

Di seluruh dunia, lebih daripada 50 peratus bakteria biasa sudah pun menahan antibiotik, kata Prof Mohamed Azmi. Menjelang 2050, kematian kerana halangan anti-mikrob akan menjadi yang tertinggi di Asia dengan kadar 4730,000, laporan Antimicrobial Resistance oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2014 mendedahkan.

Ini bermakna ketahanan kepada bakteria biasa telah mencapai tahap membimbangkan di kebanyakan tempat di seluruh dunia dan sebahagian besarnya disebabkan oleh penyalahgunaan antibiotik.

Ahli Majlis Perubatan Malaysia dan pengamal perubatan kanan Dr Milton Lum berkata ramai pesakit menyangka antibiotik adalah jawapan kepada segala-galanya.

“Mereka memperlakukannya seperti gula-gula. Biasa sangat apabila pesakit saya bertanya: “Kenapa hanya ada beberapa jenis ubat? Mengapa antibiotik tidak dimasukkan?. Saya tidak pernah menetapkan antibiotik dengan tujuan ‘sekiranya berlaku situasi tertentu’ atau atas permintaan pesakit,” kata beliau sambil menambah antibiotik tidak boleh dijual tanpa preskripsi doktor.

Ahli farmasi, pengamal perubatan tradisional dan komplementari dan pesakit itu sendiri juga mesti bertanggungjawab terhadap peningkatan penggunaan antibiotik.

Disember 2015, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberi amaran bahawa penggunaan liberal antibiotik telah menyebabkan peningkatan jumlah bakteria dan patogen menjadi penahan kepada ubat. Beliau berkata antibiotik telah dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan awam yang utama di seluruh dunia terutamanya apabila merawat penyakit berjangkit.

Sumber: http://www.wanista.com/rakyat-malaysia-antara-pengguna-tertinggi-ubat-antibiotik/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan