Khamis, 26 Mei 2016

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KETAHANAN ANTIBIOTIK (ALAM SEKITAR)

SEBAB - SEBAB BERLAKUNYA  KETAHANAN ANTIBIOTIK DI ALAM SEKITAR


Ketahanan antibiotik merupakan masalah yang kian serius di antara manusia dan hidupan liar di daratan atau di lautan. Penyebaran dan pencemaran di alam sekitar, terutamanya air sisa di hospital dan air sisa yang tidak dirawat di bandar besar, adalah suatu masalah yang kian teruk yang mengancam kesihatan masyarakat. Hal ini kerana antibiotik telah mencemari alam sekitar sejak penggunaan mereka dalam bidang perubatan, pertanian, perternakan serta perkilangan farmasi. Bakteria resisten antibiotik  terkandung di dalam sisa antibiotik, justeru ini akan menyebarkan bakteria tahan antibiotik. Apabila bakteria membiak dengan cepat, bakteria resisten antibiotik telah memasuki alam sekitar dan meneruskan pembahagian gen resisten antibiotik. Tambahan pula, bakteria yang membawa gen resisten antibiotik mampu menyebar gen-gen mereka kepada spesis lain melalui pemindahan gen secara bersilangan. Maka, walaupun sesetengah antibiotik telah hilang di alam sekitar, tetapi gen tahan antibiotik boleh simpan di dalam bakteria dan bakteria terus membiak tanpa kemunculan antibiotik.
ketahanan antibiotik
Sisa- sisa di sungai (1)

ketahanan antibiotik
Sisa-sisa di sungai (2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan