Khamis, 26 Mei 2016

SEBAB:PERUBATAN VETERINAR

 SEBAB:PERUBATAN VETERINAR


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat kesimpulan bahawa penggunaan antibiotik yang tidak sesuai terhadap haiwan ternakan adalah penyumbang asas kepada kemunculan dan penyebaran kuman tahan antibiotik. Oleh itu, penggunaan antibiotik sebagai promoter pertumbuhan ( growth promoter) terhadap haiwan ternakan seharusnya diharamkan. Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia ( World Organisation for Animal Health) telah menambahkan Kod Kesihatan Terrestrial Haiwan (Terrestrial Animal Health Code) sebagai satu siri garis panduan dengan pelbagai cadangan kepada ahli-ahlinya berkaitan pengawasan penciptaan dan keharmonian terhadap ketahanan antimikrob dan program pemantauan. Pemantauan kuantiti antibiotik yang digunakan terhadap haiwan ternakan serta cadangan untuk memastikan penggunaan yang betul dan berhemah bahan antibiotik. Garis panduan juga melaksanakan metodologi untuk membantu menkaji faktor-faktor risiko rintangan antibiotik dan menilai risiko rintangan antibiotik.

ketahanan antibiotik perubatan veterinar
Semua haiwan membawa bakteria di dalam usus mereka. Antibiotik diberi kepada haiwan. Antibiotik membunuh kebanyakan bakteria, tetapi bakteria yang resistan (resistant bacteria) hidup dan membiak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan